Thanks For Viewing My Blog =) ~ http://misspororosws.blogspot.my

KEGELAPAN MALAM

Views



kegelapan malam
mengelubungi
jiwa yang sepi
titik hujan
keciaun cengkerik
menghibur hati
hati yang sepi
terulik alam
gelap yang menenangkan
kepada mereka yang sepi

bunga itu putih
suci harumannya

yang dipetik
selepas rintik
bunga itu dalam kegelapan
tanpa dilihat
harumannya mewangi
putihnya tak akan pudar
kerana harumnya
yang sentiasa terbang




Thanks foe read... x0x0 ♥♥♥



With Love,

! Like Kalau Suka !

ASAL KEJADIAN KITA

Views



Kita sering lupa!
Asal kejadian kita
Datangnya dari setitis mani
Yang tiada erti

Berdatukkan Adam
Bernenekan Hawa
Kemudiannya menjadi gumpalan darah
Yang menjadi daging

9 bulan dikandung ibu
Bila sampai masa
Seorang hamba menjejak dunia
Kita lupa!

Sekarang kita megah
Akan kecantikan
Kita megah 
Akan kekuatan
Dan kita masih lupa 
Semua itu pinjaman
Dan hanya sementara.


Insaflah wahai manusia ! Kecantikkan mu bukan boleh dibawa mati.




With Love,

! Like Kalau Suka !

CATATANKU

Views

awan-awan menghitam
langit runtuhkan bumi
saat aku tahu
kenyataan menyakitkan
mengapa semua menangis
agar aku selalu tersenyum
usap air matamu
aku tak ingin ada kesedihan

burung sampaikan nada pilu
angin terbangkan rasa sedih
campur bahagia di harinya
berikan dia hidup

tuhan terserah padamu
aku ikut maumu tuhan
ku catat semua ceritaku
dalam harianku

mengapa semua menangis
agar aku selalu tersenyum
usap air matamu
aku tak ingin ada kesedihan

tuhan terserah padamu
aku ikut maumu tuhan
ku catat semua ceritaku
dalam harianku



Love this song.



With Love,

! Like Kalau Suka !

HAPPY DAY

Views


 


Salam.Hai semua.Tengok pada tajuk entry macam excited sangat kan.He9.Memang ar.Sape tak happy dapat g mencanting batik.Yang paling best dapat menang plak toe.Memang tak disangka betul lar.

Ok.Cerita nya macam nie.Pada hari ahad (21/8/2011),MM pergi sekolah mcm biasa.Bangun pagi adalah perkara yang paling liat dilakukan.Namun dengan adanya azam dalam diri,kuatkan juga semangat untuk bangun.So MM pergilah ke sekolah mcm biasa,dihantar oleh ibu tersayang.Sampai disekolah pun macam biasa.Tapi yang tak macam biasa adalah selepas program bacaan yassin,Umi (Pen.Ting Kelas 5B) masuk ke kelas dan bagi tawaran untuk MM n bestfriends MM untuk mengikuti program yang diadakan oleh pelajar-pelajar UKM melawat pusat batik yang terkenal di Kelantan,tetapi hanya 15 orang yang dibagi offer ini.so cikgu faizal yang menguruskan hal ini meminta kelas MM dan kelas paling top ting5 menyertai program ini.MM terpilih.auwww......happynye........ :)   

Kitaorang diperkenalkan dengan pelajar-pelajar dari UKM dan diberi sedikit taklimat tentang program ini.Kami akan menyertai pelajar-pelajar UKM ini pergi ke "Kamaliah Batik" untuk mengetahui cara-cara batik dihasilkan.Selain itu diberi peluang untuk mencanting dan mewarna batik.Walaupun MM tinggal di Kelantan, Namun hanya sekali melawat kilang batik.Itupun tidak diberi informasi yang jelas.So inilah adalah saat yang menggembirakan MM.

Lawatan ke kilang batik "Kamaliah Batik" ini benar-benar memberi manfaat kepada MM kerana semua informasi diberikan dengan terperinci.Sungguh puas hati.Tambahan dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar UKM yang sangat peramah sekali.Thanks akak-akak UKM.Wish me success.Walaupun masa bersama tidak kurang dalam 5jam.Terasa macam familiar sangat.

Memori di "Kamaliah Batik".

Kami dibahagi kepada 5 kumpulan.setiap kumpulan ada 7 orang.3 orang dikalangan kami manakala 4 orang akak-akak pelajar UKM.

Kami mula mencanting batik di kain putih yang kosong.kering idea memikirkan corak yang hendak dilukis.Bila tengok contoh yang dibuat oleh pengurus di "Kamaliah Batik" tadi nampak senang.Namun ketahuilah sesungguhnya sukar.He9.Walaubagaimanapun kami tetap memcuba.bak kata 'kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya'.So kami cuba sedaya -upaya. 


FATIN start mencanting batik.Sambil-sambil pose dulu.He9

 Giliran MM pula mencanting corak batik.Entah bagaimanalah hasilnya nanti.Tak sabar nak tengok.auww..

 Membuat pilihan untuk tidak mengambil risiko menjahanamkan kain ini.Kami melukis menggunakan pensil terlebih dahulu.Al-maklumlah,kami budak baru belajar.

 So tunggu apa lagi.Jom start mencanting.Riangkan harimu,Keranana dirimu begitu berharga.
Ha9 (tagline apadah?)

 Jangan pandang rendah pada hasil dan usaha kami.AIDA teruskan usaha.Caiyok2.

 Come on girl.Tunjukkan bakat mu.

 Jom mewarna.Macam budak tadika masuk peraduan mewarna pun ada.



JENG...
  JENG.....
   JENG........

INILAH HASILNYA..


















Walaupun tidak cantik dan setaraf pencanting profesional.Kami bangga dengan hasil kerja kami.untuk Pengetahuan semua,Ini hasil kami berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan.ini kira ok dan sangat-sangat ok.Tidak sangka dan tergaman bila diumumkan.thanks to all. 



Semoga selalu mendapat peluang seperti ini.Ia memberi seribu erti buat ku.Sayang sangat-sangat kawan-kawan ku.Gud Luck foe SPM 2011.Love u all.




! Like Kalau Suka !

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Views

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini.

Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan.
Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu : 

Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat
Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan
Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga ini daripada Allah.



With Love,

! Like Kalau Suka !

NUR ISLAM

Views



Kita hidup bertuhan,
Tapi kita sesat,,

Islam namanya,
Tapi tiada beza kafir,

Kita tak menyembah berhala,
Tapi kita menyembah hiburan,

Kita berzikir,
Tapi hanyalah lirik lagu,

Mana islam,
Bangunlah islam,

Allah hu akhbar,
Lailah haillah,
Subhanallah,
Astafiqfirullah.


Menginsafi diri sendiri yang tidak lekang dek dosa.Semoga diampunkan oleh-Nya.



With Love,


! Like Kalau Suka !

JOM KENAL PASTI DIRI ANDA SEBAGAI PELAJAR

Views

Di mana kedudukan anda?

CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI TINGGI

1) Ingin pergi ke sekolah  awal pada setiap hari.

2) Pada masa lapang dia menjalankan aktiviti berfaedah. cth, pergi perpustakaan.

3) Suka membaca dan gemar belajar.

4) Menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran dan bukannya beban.

5) Sentiasa menyiapkan kerja rumah.

6) Sentiasa melibatkan diri dlam kelas dan sentiasa bertanya kepada guru.

CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI RENDAH

1) Tidak suka belajar dan pergi sekolah.

2) Tidak suka membaca dan benci jika ada ujian atau peperiksaan.

3) Mendapati mata pelajaran yang dipelajari membosankan.

4) Tidak ingin menjawab atau bertanya dalam kelas.

5) Jarang mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran.

6) Masa lapang diisi dengan aktiviti bermain dan membuang masa.

7) dan lain-lain lagi.


Bersama-sama membaiki diri untuk kejayaan dalam hidup.

With Love,

! Like Kalau Suka !