Thanks For Viewing My Blog =) ~ http://misspororosws.blogspot.my

blogku yang sunyi dan sepi

Views

Salam semuanya. Wah, dah lama MM tak update blog nie.Tengok dah berhabuk kan blog nie. Rindu nak story mory dalam blog MM nie.

Entah mengapa hari ini baru teringat sal sebuah blog ku yang dah lama ku tinggalkan sepi. Untuk pengetahuan semua bukan nya sengaja untuk tidak menulis dalam blog ini. Sebenarnya aku meneruskan pengajian di Kolej Mara Kuala Nerang dalam bidang Perakaunan. Sudah hampir 2 bulan setengah aku belajar disana. Alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru di bumi Kedah. Aku harap aku dapat menamatkan pengajian ku dengan lancar dan mendapat keputusan yang baik. Doakan aku yee teman-teman.

Sekarang aku cuti mid sem n cuti raya. Cam tak best je cuti raya digabungkan dengan cuti mid sem kan? Apa boleh buat, terima jelah. So,tinggal beberapa hari lagi nak raya, macamana nie ,baju raya x beli lagi. Ehh, lupa plak, esok abang sulung kesayanganku blik kampung. Jadi dia dah janji nak sponser baju rayaku thn nie. Thanks my bro...

Oklah, Aku stop kat sini dlu story mory ku. Sebenarnya banyak sangat yang aku nak story mory kat sini. Pasal KMKN , kawan-kawan baruku, roomate baru ku, kuliah ku yang happy go lucky n macam2 lagi tapi apakan daya tak sempat, ditamabah dengan line internet cam siput nie.
Urmmm, menyampah toll. Insyallah, lain kali aku akan kongsi  lagi story hidupku. Bye-bye ~

Dunia ini sebuah buku, orang yang tidak pernah melakukan perjalanan,
ibarat hanya membaca satu halaman buku sahaja.



Gembira dengan kehidupan baru di KMKN. 
~Semoga ia satu wardah untuk aku mencapai cita-citaku.
Insyallah :)



With Love,

! Like Kalau Suka !

Sweet Moments in my Birthday

Views

Wah,Happy sangat saat menulis entry nie.Dah lama sangat tak update blog nie.Bukan tak  nak update tapi tak ada masa nak update.Story nya banyak nak kongsi dalam blog nie tapi tak sempat nak menaip.

Hari ini terdetik nak update blog kesayangan nie sabab nak kongsi saat indah tanggal 24 April.Yup seperti biasa 24 April ialah tarikh yang biasa bagi orang lain.Tapi ia cukup special buat MM sebab ia tanggal MM dilahirkan.Tahun ini cukup istimewa kerana MM dapat hadiah special dari teman-teman di tempat kerja.Mereka memang sporting giler dan baik hati..Thanks sangat bagi kad ucapan dan hadiah yang besar toe.Selain itu MM dapat hadiah chocolate Ferrero Rocher dari Kak Chip yang sangat2 baik hati.

~big surprise betul lar mase korang semua bagi kad dan hadiah toe..Saat buka hadiah toe memang happy sebab tak sangka dapat kepala Garfield yang besar macam toe.Sekarang nak tidur mesti kena peluk dulu sweertheart Garfield MM nie.hehehe.Thanks sangat to Kudik,Along,Kak Sal,Kak Bie,Kak Tie,Kak Chip dan mak saudara yang super sporting.Sayang kamoo sangat2..

 kongsi gambar sikit boleh...


Wah,dapat kad dari Kak Sal time dah siap-siap nak pulang dari tempat kerja.Terkejut btol time nie.Siap pose lagi nga Kudik saya nie.Comel kan die.Yang tak tahan toe pandai diorang berlakon.Cakap sory tak dapat kasi hadiah,Hanya kasi kad je.MM tak kisah pown sebab dapat kad toe pun dah happy sangat2.



alala~time dah ambil helmet nak naik motor toe.Kudik datang dari belakang kasi kotak hadiah.Wah..Punya besar kotak toe.Malu pun ada time naik motor sambil pegang kotak hadiah toe.


 JENG..JENG..JENG..Ini dia hadiah dari diorang tadi.Balik toe terus buka.Tak sabar lorh nak tengok apa dalam kotak toe.Terkejut mama tengok kotak toe besar sangat.hehehehehe.Cantik kan garfield nie?
(mama cakap muka garfield nie macam muka MM) ~Tak kisah pown asal happy dapat peluk Garfield nie.


~Saje je edit pic nie.Nak buat kenang-kenangan.Ok tak??


Nie lar semua moments  indah saat birthday MM.
Tak sangka dalam diam-diam dah 18 tahun MM kan.Rasa macam budak sekolah je lagi.
hehehehehe


Sekarang kalo nak tidur mesti nak peluk Garfield nie. Kalo tak peluk rasa something tak kena jee.



With Love,

! Like Kalau Suka !

DI SEBALIK HARI KEKASIH

Views


HARI MEMPERINGATI KEKASIH ROSAKKAN AKIDAH REMAJA


Hari memperingati kekasih atau  Valentine’s Day datang lagi. Perayaan yang kebiasaannya dinanti-nanti oleh golongan remaja atau muda mudi, dikenali sebagai perayaan hari kekasih, yang menurut mereka adalah saat paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai.
     
Perayaan yang disambut 14 Februari setiap tahun, diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa coklat atau bunga kepada insan dikasihi. Kemudian, pelbagai bentuk pesta berisi hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya diadakan muda-mudi terbabit.
Sebenarnya, Valentine tiada kaitan dengan Islam. Oleh yang demikian, ia tidak sepatutnya menjadi sebutan dalam kalangan kita, kerana  ia bukan tuntutan agama dan juga adat budaya kita.

Bagi penganut kristian, mereka bebas untuk menyambut hari tersebut kerana ia sememangnya ajaran dan tuntutan ritual agama mereka. Kita tidak boleh menghalang mereka untuk menyambutnya, sama ada ia mendatangkan kebaikan atau sebaliknya, itu urusan mereka.

Namun,bagi umat Islam,kita menolak amalan ini bukan kerna kebencian atau permusuhan,tetapi ia sememangnya bukan ajaran agama kita.Apatah lagi,apabila Islam meletakkan garis pemisah dan dasar akidah yang jelas.Islam mahu umatnya mentauhidkan Allah yang menjalani kehidupan dengan sistemnya yang tersendiri.Justeru,umat Islam dengan penuh keimanan wajib mematuhinya.

"Kehidupan bukan berakhir setakat di dunia sahaja.
Kehidupan ini berterusan hingga ke alam akhirat.
Dunia adalah  ladang akhirat.
Kita berladang di dunia berdasarkan akidah, ibadat dan akhlak.
Kemudiannya menuainya dengan mendapatkan ganjaran pahala
dan nikmat syurga yang berkekalan di akhirat kelak.
Sekiranya, kita berladang di dunia dengan perkara yang tidak dituntut oleh Allah, maka ia tidak akan dinilai di akhirat"

Jika, Hari Valentine itu bukan suatu tuntutan yang menghasilkan rahmat dan ganjaran syurga di akhirat, kenapa pula kita kena menyambutnya?
Apatah lagi jika ia bakal membawa derita yang berkekalan di dalam neraka.  


HUKUM MEMPERINGATI HARI KEKASIH

Tiada kekeliruan hukum dalam isu Hari Valentine, kerana ia jelas amalan agama lain. Hukumnya adalah haram kerana sambutan ini mengandungi unsur-unsur dan elemen kepercayaan agama lain, di samping pelbagai perkara sampingan yang membawa kepada perbuatan maksiat dan bercanggah dengan Islam.

Abu Daud meriwayatkan sebuah hadis bermaksud,
“sesiapa yang menyerupai sesuatu sesuatu kaum maka ia termasuk dalam kaum tersebut”

Al-Bukhari dan Muslim juga menyebut,Rasulullah bersabda,
“sesiapa mengamalkan perkara bukan kami maka ia ditolak”

Jadi, bila kita sudah tahu hukumnya haram, mengapa masih ada yang ghairah menganjurkan majlis dengan tema sebegini (menghargai kekasih dan berkorban untuk kekasih). Haram tetap haram, ia tidak boleh menjadi halal.

Tahukah anda??
Dari mana Asal usul hari kekasih ini?

Menurut cacatan sejarah, pelbagai kisah diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai "hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka".

Manakala dalam penceritaan lain, Hari Kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St.Valentine dengan menganggap beliau seorang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.

Antara sejarah lain pula, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhan mempertahankan hak tentera pada zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu  paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 masihi.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis pula menganggap 14 Februari sebagai “hari burung mencari pasangannya”. Pada kurun ke-14 dan ke-15, mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan “selamat Hari Valentine”sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis “from you valentine” kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.


"Islam menyeru seluruh umat Islam,khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikanya"

"Islam mempunyai tahap dan peringkat dalam menzahirkan rasa cinta dan kasih iaitu tahap tertinggi,cinta kepada Allah,nabi,ibu,bapa,suami atau isteri,zuriat,dan saudara seislam"





Sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih


Sikap untuk berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
Menghantar kad-kad ucapan tertera kata-kata Valentine's Day dan kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap (menjadi simbol kepercayaan agama Kristian).
Menulis ucapan kata-kata cinta pada kad yang diutus dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ia juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
Menghantar pesanan ringkas kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan hari memperingati kekasih sebagai tanda percaya akan "keajaiban" hari tersebut.



    Peringatan untuk perbaiki diri sendiri



    With Love,

    ! Like Kalau Suka !

    DI SEBALIK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

    Views


    Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW di negara kita biasanya dilakukan dengan perhimpunan seperti ceramah,perarakan dan acara-acara keilmuan seperti ceramah agama,bacaan Al-Quran dan kerja-kerja amal lain.

    Apa yang penting di sebalik sambutan dan acara-acara seperti ini ialah kita perlu memahami dan menghayati kerasulan nabi besar itu.firman Allah bermaksud:
    “sesungguhnya telah datang kepada mu seorang Rasul daripada kalangan kamu sendiri, terasa berat olehnya penderitaan mu, sangat menginginkan (keinginan) bagi mu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin”.

    Mengingati Maulidur Rasul sebenarnya menanamkan keinginan kuat mengikuti jejak langkah sunnah Rasulullah yang diwariskannya,sesuai wahyu Allah mengenai utusan Muhammad SAW menjadi "rahmat bagi seluruh alam"

    Oleh itu, sudah sampai masanya Umat Islam bersatu padu memperkuatkan kekuatan dalam mewujubkan umat islam yang unggul sebagaimana dimaksudkan Rasulullah SAW menerusi penghayatan Maulidur Rasul setiap menjelang 12 Rabiulawal.

    Sama-sama kita berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.


    Yaa nabi sallam alaika
    Yaa rasul sallam alaika
    Yaa habib salam alaika
    Sholawatullah alaika

    Yaa nabi sallam alaika
    Yaa rasul sallam alaika
    Yaa habib salam alaika
    Sholawatullah alaika

    YA rasul kau bawa cahaya
    Penyinar di alam buana
    bumipun subur kembali
    Rasa gembira dihati

    Yaa nabi sallam alaika
    Yaa rasul sallam alaika
    Yaa habib sallam alaika
    Sholawatullah alaika

    Lahirmu pembawa rahmat
    Memimpin ke jalan selamat
    Akhlakmu yang sungguh memikat
    Contoh untuk seluruh umat

    Yaa nabi sallam alaika
    Yaa rasul sallam alaika
    Yaa habib salam alaika
    Sholawatullah alaika

    Mulyanya pengorbananmu
    Kebaikan yang kau seru
    Mulyanya pengorbananmu
    Kebaikan yang kau seru

    Biarpun halangan menimpa
    Namun dirimu tetap tabah
    Biarpun halangan menimpa
    Namun dirimu tetap tabah

    Yaa nabi sallam alaika
    Yaa rasul sallam alaika
    Yaa habib salam alaika
    Sholawatullah alaika

    Ya Muhammad yang berjasa
    Quran dan sunnah lah pusaka
    Menjadi panduan manusia
    Untuk hidup aman dan sentosa

    Yaa nabi sallam alaika
    Yaa rasul sallam alaika
    Yaa habib salam alaika
    Sholawatullah alaika


    SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA UMAT ISLAM.



    With Love,

    ! Like Kalau Suka !



    Daisypath Anniversary tickers