Thanks For Viewing My Blog =) ~ http://misspororosws.blogspot.my

KEHIDUPAN INI

Views



Sementara
hidup ini
sebentar tuk bernafas
terlena dengan kelalaian

Sedetik demi sedetik
surat yang terbuang
sekilas penyesalan
mati sekeping daging
cepat cahaya itu
pergi dan datang
lambat untuk menerima
selintas ia terbang

Datanglah engkau
kemari dikau
kepada aku
untuk memelukku.




Dunia hanya persinggahan sementara



With Love,

! Like Kalau Suka !

Perpisahan itu....

Views

Tanggal 10 disember, kelas MM telah buat majlis perpisahan untuk kelas 5 Bersih bertempat di Pantai Cahaya Bulan (PCB). Memang best lar kat sana, Semua yang stress study selama ini hilang dipukul ombak pantai. Kami satu kelas enjoy kat sana bermain air pantai, bermain baling tepung, sukaneka dan menikmati ayam bakar.

Fuhh memang tak puas rasa. Yang paling best dapat berposing kat sana. MM rasa inilah kenangan yang paling tak akan MM lupakan dalam hidup MM. Namun setiap perkara yang bermula itu pasti ada pengakhirannya. Kami kat sana hanya 1 malam. Keesokannya kami bersiap untuk pulang ke rumah masing2. Menjalani kehidupan normal seperti sediakala. Memang sedih giler ar time nak berpisah toe. Sorang2 mintak diri nak pulang. Sebak MM rasa.

Namun sebuah persahabatan yang telah terbina tidak akan  ada perkataan putus. Kerana persahabatan terbina dari perasaan kasih sayang dan keikhlasan yang disemai dan dibajai setiap hari. Walaupun jauh terpisah selepas ini, Pasti ada ikatan persahabatan itu.Yupp, itu MM sangat pasti. Suatu hari nanti, Kita pasti berjumpa lagi dan mengenang kembali peristiwa ini. MM doakan semua kawan2 berjaya dalam hidup.. fullstop ~  ( mood sedih )

  Jom tengok gambar-gambar kami kat sana 




























Sweet memori. Takkan lupakan sampai bila-bila. Sayang kamo semua. ❤❤❤



With Love,

! Like Kalau Suka !

SPECIAL FOE GUYS

Views

BILA PEREMPUAN MENANGIS..
Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki?
Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, 
dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys,
jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama,
tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...



So, please Guys hargai perempuan.Jangan buat perempuan menangis tau !



With Love,

! Like Kalau Suka !

SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN

Views

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG? :95:

Nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising :55:
Perempuan, stoking pon kena pakai.
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari.
Komfem x tahan bertutup semua.
Tapi, perempuan cool jek :17:
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan.

Siapa kata jadi perempuan tu senang :s:
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit.
Nak pergi kelas pon susah.
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit :face16:
Cuba tengok budak lelaki , selamber jek.
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit.
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek.
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit.
Hebat kan perempuan :120:

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Hati ni Allah jadikan lembut betul.
Cepat jek sensitif :face29:
Cuba tengok orang putus cinta.
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa.
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru.
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan.
Siapa yg paling teruk menangis?
Perempuan kan?
lelaki boleh gelak2 lagi.
Lembut tak lembut hati perempuan?
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki.
Hebat tak perempuan? thumb

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah,
ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
Diorang cakap, Allah x adil,
Kenapa Allah lebihkan lelaki,
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami,
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami,
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah,
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki,
x susah macam nak jaga sorang anak perempuan,
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni,
ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel,
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan,
'lelaki x payah tutup pon',
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki,
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati,
Kesian kan kat diorang.
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah,
diorang sanggup rosakkan diri diorang,
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil.

Persoalannya sekarang
Betul ke Allah x adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami,
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa,
Kalau bukan kaki ibunya.
Betul, isteri kena ikut cakap suami,
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya,
X adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil,
tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan,
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya,
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri,
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu,
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki,
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu,
MashaAllah, hebatnya perempuan kan?
Kenapa perempuan hebat?
sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat.
Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio,
Banyak lagu pasal perempuan kan,
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki,
Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan,
sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia,
Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita x pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan?

Hebat x Allah jadikan perempuan tu?
Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan,
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni,
Perempuan senang nak masuk syurga,
Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


X adil lagikah Allah dekat perempuan?
Oh perempuan, sedarlah,
Betapa sayangnya Allah dekat kita,
Betapa cintanya Allah dekat kita,
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif
yg x berasas dekat Allah,
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia,
Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan,
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah,
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan??


~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~




Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi?
"Sekadar perkongsian bersama"




With Love,

! Like Kalau Suka !

KEGELAPAN MALAM

Views



kegelapan malam
mengelubungi
jiwa yang sepi
titik hujan
keciaun cengkerik
menghibur hati
hati yang sepi
terulik alam
gelap yang menenangkan
kepada mereka yang sepi

bunga itu putih
suci harumannya

yang dipetik
selepas rintik
bunga itu dalam kegelapan
tanpa dilihat
harumannya mewangi
putihnya tak akan pudar
kerana harumnya
yang sentiasa terbang




Thanks foe read... x0x0 ♥♥♥



With Love,

! Like Kalau Suka !

ASAL KEJADIAN KITA

Views



Kita sering lupa!
Asal kejadian kita
Datangnya dari setitis mani
Yang tiada erti

Berdatukkan Adam
Bernenekan Hawa
Kemudiannya menjadi gumpalan darah
Yang menjadi daging

9 bulan dikandung ibu
Bila sampai masa
Seorang hamba menjejak dunia
Kita lupa!

Sekarang kita megah
Akan kecantikan
Kita megah 
Akan kekuatan
Dan kita masih lupa 
Semua itu pinjaman
Dan hanya sementara.


Insaflah wahai manusia ! Kecantikkan mu bukan boleh dibawa mati.




With Love,

! Like Kalau Suka !

CATATANKU

Views

awan-awan menghitam
langit runtuhkan bumi
saat aku tahu
kenyataan menyakitkan
mengapa semua menangis
agar aku selalu tersenyum
usap air matamu
aku tak ingin ada kesedihan

burung sampaikan nada pilu
angin terbangkan rasa sedih
campur bahagia di harinya
berikan dia hidup

tuhan terserah padamu
aku ikut maumu tuhan
ku catat semua ceritaku
dalam harianku

mengapa semua menangis
agar aku selalu tersenyum
usap air matamu
aku tak ingin ada kesedihan

tuhan terserah padamu
aku ikut maumu tuhan
ku catat semua ceritaku
dalam harianku



Love this song.



With Love,

! Like Kalau Suka !

HAPPY DAY

Views


 


Salam.Hai semua.Tengok pada tajuk entry macam excited sangat kan.He9.Memang ar.Sape tak happy dapat g mencanting batik.Yang paling best dapat menang plak toe.Memang tak disangka betul lar.

Ok.Cerita nya macam nie.Pada hari ahad (21/8/2011),MM pergi sekolah mcm biasa.Bangun pagi adalah perkara yang paling liat dilakukan.Namun dengan adanya azam dalam diri,kuatkan juga semangat untuk bangun.So MM pergilah ke sekolah mcm biasa,dihantar oleh ibu tersayang.Sampai disekolah pun macam biasa.Tapi yang tak macam biasa adalah selepas program bacaan yassin,Umi (Pen.Ting Kelas 5B) masuk ke kelas dan bagi tawaran untuk MM n bestfriends MM untuk mengikuti program yang diadakan oleh pelajar-pelajar UKM melawat pusat batik yang terkenal di Kelantan,tetapi hanya 15 orang yang dibagi offer ini.so cikgu faizal yang menguruskan hal ini meminta kelas MM dan kelas paling top ting5 menyertai program ini.MM terpilih.auwww......happynye........ :)   

Kitaorang diperkenalkan dengan pelajar-pelajar dari UKM dan diberi sedikit taklimat tentang program ini.Kami akan menyertai pelajar-pelajar UKM ini pergi ke "Kamaliah Batik" untuk mengetahui cara-cara batik dihasilkan.Selain itu diberi peluang untuk mencanting dan mewarna batik.Walaupun MM tinggal di Kelantan, Namun hanya sekali melawat kilang batik.Itupun tidak diberi informasi yang jelas.So inilah adalah saat yang menggembirakan MM.

Lawatan ke kilang batik "Kamaliah Batik" ini benar-benar memberi manfaat kepada MM kerana semua informasi diberikan dengan terperinci.Sungguh puas hati.Tambahan dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar UKM yang sangat peramah sekali.Thanks akak-akak UKM.Wish me success.Walaupun masa bersama tidak kurang dalam 5jam.Terasa macam familiar sangat.

Memori di "Kamaliah Batik".

Kami dibahagi kepada 5 kumpulan.setiap kumpulan ada 7 orang.3 orang dikalangan kami manakala 4 orang akak-akak pelajar UKM.

Kami mula mencanting batik di kain putih yang kosong.kering idea memikirkan corak yang hendak dilukis.Bila tengok contoh yang dibuat oleh pengurus di "Kamaliah Batik" tadi nampak senang.Namun ketahuilah sesungguhnya sukar.He9.Walaubagaimanapun kami tetap memcuba.bak kata 'kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya'.So kami cuba sedaya -upaya. 


FATIN start mencanting batik.Sambil-sambil pose dulu.He9

 Giliran MM pula mencanting corak batik.Entah bagaimanalah hasilnya nanti.Tak sabar nak tengok.auww..

 Membuat pilihan untuk tidak mengambil risiko menjahanamkan kain ini.Kami melukis menggunakan pensil terlebih dahulu.Al-maklumlah,kami budak baru belajar.

 So tunggu apa lagi.Jom start mencanting.Riangkan harimu,Keranana dirimu begitu berharga.
Ha9 (tagline apadah?)

 Jangan pandang rendah pada hasil dan usaha kami.AIDA teruskan usaha.Caiyok2.

 Come on girl.Tunjukkan bakat mu.

 Jom mewarna.Macam budak tadika masuk peraduan mewarna pun ada.



JENG...
  JENG.....
   JENG........

INILAH HASILNYA..


















Walaupun tidak cantik dan setaraf pencanting profesional.Kami bangga dengan hasil kerja kami.untuk Pengetahuan semua,Ini hasil kami berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan.ini kira ok dan sangat-sangat ok.Tidak sangka dan tergaman bila diumumkan.thanks to all. 



Semoga selalu mendapat peluang seperti ini.Ia memberi seribu erti buat ku.Sayang sangat-sangat kawan-kawan ku.Gud Luck foe SPM 2011.Love u all.




! Like Kalau Suka !



Daisypath Anniversary tickers